DPM JAYA...!!!

Dewan Perwakilan Mahasiswa
OKI-Politeknik Negeri Malang

[BERITA] Post New Entry

Apa itu Undang-undang?

Posted by Rama Permana Putra on February 15, 2011 at 2:30 PM

Seberapa paham anda terhadap Undang-undang?


Undang-undang dalam politik dan perundangan, merupakan satu sistem peraturan atau norma yang cuba diikuti oleh ahli-ahli masyarakat. Biasanya ini adalah peraturan sesuatu negara. Jika peraturan-peraturan ini dilanggar, orang yang melanggar peraturan tersebut mungkin dihukum atau didenda oleh mahkamah.Peraturan ini biasanya dibuat oleh pemerintah negara tersebut supayarakyatnya boleh hidup, bekerja dan bersosial antara satu sama lain.Kadangkala, undang-undang juga dibuat oleh sekumpulan orang yangberfikiran sama.

Undang-undang secara lazimnya ditadbir oleh suatu sistem mahkamah dimana hakim(kadangkala dengan bantuan juri atau lay magistrate) mendengarpertikaian diantara pihak, dan mengaplikasi satu set peraturan untukmemastikan satu keputusan yang adil. Cara dimana undang-undang ditadbirdipanggil sistem perundangan, yang lazimnya berkembang mengikut adat-adat sendiri sesebuah negara.

Kebanyakan negara mengharapkan polis untuk menguatkuasakan undang-undang. Pegawai polis lazimnya harus terlatih dalam penguatkuasaan undang-undang sebelum mereka dibenarkan melakukan sesuatu dibawah warna undang-undang, untuk mengeluarkan amaran berbentuk undang-undang dan petikan, untuk mengarahkan satu pencarian atau apa-apa lagi waran membuat penangkapan.

Pengamal undang-undanglazimnya mesti mendapat latihan secara professional dalam undang-undangsebelum mereka dibenarkan mewakili satu pihak dalam satu mahkamahundang-undang, merangka dokumen undang-undang, atau memberi bantuan guaman.


Sumber utama undang-undang 


Di kebanyakan negara di dunia, undang-undang yang tertinggi ialah dalam bentuk Akta Parlimen. Di peringkat kerajaan negeri dan tempatan pula terdapat undang-undang seperti undang-undang negeri dan undang-undang kecil. Di bawahnya pula ialah satu sumber undang-undang yang dikenali sebagai "Common Law" yang berasal dari United Kingdom dan lazimnya digunakan di negara-negara Komanwel. Selain itu, di negara-negara Islam terdapat pula undang-undang syariah berdasarkan Al-Quran dan hadis. Sumber undang-undang yang lain termasuklah adat istiadat dan agama.



Categories: Info

Post a Comment

Oops!

Oops, you forgot something.

Oops!

The words you entered did not match the given text. Please try again.

Already a member? Sign In

0 Comments